Nama lengkapnya adalah Abdullah bin Uthman bin Amir. Sebelum dia
memeluk Islam, dia bernama Abdul Ka'bah, lalu Rasulullah menamakannya
Abdullah. Dia digelar As-Siddiq (yang membenarkan),dan Al-Atiq (yang dibebaskan), biasa dipanggil Abu Bakar...
Abu Bakar digelar Al-Atiq kerana Rasulullah pernah menyatakan kepadanya,
"Kamu adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka."
Namun ada juga yang berpendapat bahawa, dia gelar Al-Atiq kerana
ketampanan wajahnya atau kerana terlampau banyak hamba-hamba yang telah
dimerdekakannya seperti Bilal dan yang lain-lain.
Abu Bakar adalah lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah. Mengenai keimanannya, Rasulullah s.a.w berkata,
"Tidak ku ajak seorang pun memeluk Islam melainkan dia ragu dan bimbang kecuali Abu Bakar. Dia tidak ragu dan bimbang ketika kusampaikan kepadanya"
(HR. Ibnu Ishak)
Abu Bakar adalah salah seorang di kalangan sepuluh sahabat yang
memperoleh jaminan masuk syurga. Dia pernah memerdekakan tujuh orang
hamba dan mereka semua pernah diseksa kerana memperjuangkan Islam.
Antaranya ialah, Bilal, Amir ibn Fuhairah, Zunairah, Nahdiyah dan anak
perempuannya, Jariyah binti Mu'ammil dan Ummu Ubais.
Ketika dia bersama Nabi dan 2 sahabatnya yang lain iaitu Umar dan Uthman naik ke puncak Uhud, Nabi berkata,
"Tenanglah bukit Uhud! Di atasmu ada Nabi, Abu Bakar As-Siddiq dan dua orang saksi."
"Tenanglah bukit Uhud! Di atasmu ada Nabi, Abu Bakar As-Siddiq dan dua orang saksi."
(HR. Al-Bukhari)
Dia digelar As-Siddiq kerana dia membenarkan peristiwa israk. Tentang Abu Bakar, Nabi pernah mengatakan,
"Sesungguhnya tidak ada seorang pun dikalangan manusia yang sanggup berkorban dengan diri dan hartanya kerana aku selain dari Abu Bakar ibn Abu Quhafah. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku ingin mengambil Abu Bakar sebagai kekasih ku. Akan tetapi persaudaran Islam lebih utama. Hendaklah kamu semua menutup pintu yang ada di masjid ini kecuali pintu Abu Bakar." (HR. Bukhari)
"Sesungguhnya tidak ada seorang pun dikalangan manusia yang sanggup berkorban dengan diri dan hartanya kerana aku selain dari Abu Bakar ibn Abu Quhafah. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku ingin mengambil Abu Bakar sebagai kekasih ku. Akan tetapi persaudaran Islam lebih utama. Hendaklah kamu semua menutup pintu yang ada di masjid ini kecuali pintu Abu Bakar." (HR. Bukhari)
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
Maksudnya,
"Dan disebaliknya akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa", (Surah Al-Lail: 17)
Dia adalah teman setia Rasulullah s.a.w dalam perjalanan hijrah dan
yang menemani Rasulullah ketika berada di Gua Tsur dan tidak pernah
terlepas berperang bersama Rasulullah... Firman Allah di berikut,
berkait rapat dengan Abu Bakar,
| إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ |
Maksudnya,
"Kalau
kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun
menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekkah) mengeluarkan (dari
negerinya Mekkah) sedang dia salah seorang daru dua (sahabat) semasa
mereka berlundung di dalam gua, ketika dia berkata keada sahabatnya:
Janganlah engkau dukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dab
nebgyatjabbta dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak
melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir
terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Khalimah Allah (Islam)
islah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah: 40)
Tentang Abu Bakar, Hassan ibn Thabit bersyair:
Jika kamu teringat suatu hajat dari saudaramu yang kamu percayai,
maka ingatlah apa yang pernah dilakukan oleh Abu Bakar.
Dia adalah sebaik-baik manusia, yang paling bertaqwa dan yang paling adil sesudah Nabi.
Dia juga orang yang paling menepati apa-apa yang menjadi tangungjawabnya.
Dia
adalah orang kedua-sesudah Nabi-yang paling terpuji di hadapan manusia
dan orang yang pertama yang membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.
"Orang yang benar ialah Muhammad dan yang membenarkan ialah Abu Bakar.
Kamu adalah orang yang paling dermawan di kala orang lain bersifat
kikir. Kamu telah menemani Nabi menghadapi berbagai kesukaran di kala
orang lain berdiam diri. Kamu telah menemani Nabi dengan setia di
masa-masa genting dan menggantikan Rasulullah (Khalifah) dengan baik dan
menjalankan pemerintahan dengan baik"
Ketika dia sakit, para sahabat mengatakan kepadanya,
"bolehkan kami memanggil doktor untuk memeriksa penyakitmu?"
Jawab Abu Bakar,
"Doktor telah memeriksa penyakitku,"
Tanya mereka,
"Apa yang dikatakan doktor tentang penyakitmu?",

